Total Pageviews

Sunday 11 February 2018

contoh proposal kerja kursus sejarah stpm

TEMA : SEJARAH PENDIDIKAN
TAJUK: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH SK SERI MENANTI,
               MUAR, JOHOR ( 2005 – 2015M )
PENGENALAN
            Pendidikan prasekolah merupakan program yang memberi pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur dari 4 hingga 6 tahun yang mengambil masa setahun atau lebih sebelum melangkah ke Tahun Satu di sekolah formal.  Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia.  Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.  Bagi merealisasikan dasar kerajaan, prasekolah telah diwujudkan di semua sekolah rendah di Malaysia termasuklah di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar.

OBJEKTIF KAJIAN
            Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk merintis sejarah awal penubuhan pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.  Dengan adanya kajian ini, masayarakat dapat mengetahui bila dan bagaimana prasekolah di SK Seri Menanti, Muar diwujudkan.
            Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti evolusi kurikulum, sistem pengajian, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
            Seterusnya, tujuan penulisan kajian ini adalah untuk mengkaji aktiviti yang dijalankan di prasekolah SK Seri Menanti, Muar.  Oleh itu, pelbagai pihak dapat mengetahui dan mengikuti segala aktiviti yang dijalankan.
            Di samping itu, kajian ini berfokus untuk mengkaji kejayaan dan sumbangan prasekolah SK Seri Menanti, Muar terhadap masayarakat setempat serta kemenjadian pelajarnya.
 
PERMASALAHAN KAJIAN
             Permasalahan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui bagaimanakah sejarah penubuhan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.  
   Selanjutnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji apakah evolusi yang berlaku kepada kurikulum, sistem pengajian dan kaedah P&P yang dilaksanakan di prasekolah SK Seri Menanti, Maur.
            Di samping itu, kajian ini adalah untuk mengkaji apakah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di prasekolah SK Seri Menanti.
            Seterusnya, kajian ini dijalankan untuk meninjau apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh unit dan pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar. Dengan adanya penulisan kajian ini, pelbagai pihak akan lebih mengetahui tentang kejayaan yang berjaya dicipta oleh unit dan pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar.

SKOP KAJIAN
            Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada kawasan Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar.  Sekolah ini terletak 15 km dari bandar Muar.  Majoriti penduduk di kawasan ini ialah masyarakat luar bandar yang menjalankan kegiatan ekonomi pertanian dan nelayan.
            Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2005 – 2015M. Tempoh kajian selama 10 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku perkembangan yang pesat pada unit dan pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar.
            Manakala dari aspek yang dikaji pula terdapat 4 aspek yang difokuskan. Ia tertumpu kepada asal usul permulaan pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti,Muar.  Dengan kajian ini pelbagai pihak dapat mengetahui bagaimana permulaan pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
            Malah kajian ini juga berfokus kepada evolusi kurikulum, sistem pengajian, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
            Di samping itu, kajian ini memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di prasekolah SK Seri Menanti, Muar.
            Selain itu, aspek yang seterusnya dikaji ialah kejayaan dan sumbangan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar kepada masyarakat setempat serta kemenjadian pelajarnya.

SOROTAN KAJIAN LEPAS
            Secara amnya, terdapat banyak kajian lepas yang berkaitan dengan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia. Namun majoriti kajian lebih tertumpu di kawasan bandar. Hanya sebilangan kecil sahaja yang menjalankan kajian di kawasan luar bandar dan terpencil. Antaranya adalah penulisan Edgar Faure (1993) dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Seumur Hidup Dunia Pendidikan Hari Ini Dan Esok yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan di Kuala Lumpur pada halaman 257 beliau menekankan pertimbangan pendidikan prasekolah iaitu peri pentingnya pendidikan awal kanak-kanak dalam perkembangan bakat dan perkembangan sahsiahnya di kemudian nanti tidak dapat diragukan, seperti mengikut pernyataan psikologi moden dan pemerhatian biasa.  Namun demikian sistem pendidikan kerap kali berjalan seolah-olah fasa hidup ini tidak penting. Kekurangannya dalam hal ini dengan jelas dapat diterangkan di banyak negara dengan kekurangan sumber untuk memenuhi permintaan pendidikan, tetapi sisitem ini juga mengakibatkan pula kegagalan mengenali betapa pentingnya kepada perkembangan keadaan pendidikan individu dalam masa awal kanak-kanak.
            Menurut  Christopher Browing dalam majalahnya yang berjudul Belajar Secara Berkesan Di Sekolah yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad di Kuala Lumpur (2007) pada halaman 61 beliau menegaskan bahawa bab ini memaparkan peta dunia di mana kanak-kanak di sekolah pada zaman akan datang hidup, bekerja dan menjalani kehidupan.  Dunia itu berbezadengan apa yang biasa kita kenali; perubahan berlaku dengan pesatnya dan berterusan serta begitu kerap.  Kepastian yang ada pada anak-anak kita adalah tidak pasti.  Mungkin kekerapan perubahan yang berlaku menyebabkan sukar bagi manusia menanganinya.  Selama beribu tahun manusia mengembara.  Walau bagaimanapun mereka menyampaikan informasi, bilangan yang dapat mereka hapuskan dalam sesuatu pertempuran, berubah dengan sedikit sahaja.
            Berdasarkan penulisan Ahmad Ammar dalam blognya, (http;www.AhmadAmmar_TeknikPengajaran.com.my) yang bertajuk Teknik Pengajaran, beliau menjelaskan di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengjar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.
 


KAEDAH KAJIAN
            Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 3 kaedah untuk mendapatkan maklumat.  Pada mulanya, penulis menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi memperolehi sumber primer dan sumber sekunder.  Penyelidikan perpustakaan dijalankan di Perpustakaan SMK Pekan Baru, Muar serta perpustakaan SK Seri Menanti, Muar.  Ini dilakukan untuk mendapatkan rekod – rekod berkenaan sistem pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
            Selain itu penulis juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual.  Soalan – soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini.  Antara yang terlibat ialah guru yang mengajar pelajar prasekolah iaitu Puan Nor Azizah Binti Hashim dan pembantu guru prasekolah di SK Seri Menanti iaitu Puan Halimah Binti Rabani. Maklumat yang diperolehi akan dicatat dan dirakam.  
            Pengkaji juga memilih untuk menggunakan kaedah kerja lapangan dan pemerhatian dengan melawat ke bangunan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar untuk melihat sendiri bagaimana proses P&P dijalankan.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
            Esei ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian yang penting iaitu bahagian pengenalan,isi dan kesimpulan.  Bahagian pengenalan, menjelaskan konsep asas tentang sistem pendidikan prasekolah yang dilaksanakan di Malaysia.
            Dalam bahagian isi, akan menjelaskan asal usul atau latar belakang pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.  Seterusnya pengkaji juga akan menjelaskan evolusi yang berlaku kepada kurikulum, sistem pengajian, kaedah P&P yang dilaksanakan di prasekolah SK Seri Menanti, Muar.  Pengkaji akan menjelaskan kemudahan prasarana yang terdapat di prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.  Seterusnya pengkaji akan menjelaskan perkembangan dan pencapaian serta kejayaan yang berjaya dicipta oleh unit dan pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar serta kemenjadian pelajarnya.
            Bahagian kesimpulan  akan merumus hasil kajian dan memberikan pandangan dan harapan terhadap sistem pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.

PENUTUP
            Dengan adanya kajian ini, diharapkan seperti ini akan dapat menambahkan lagi kejayaan dan perkembangan pelajar-pelajar dan guru-guru prasekolah di SK Seri Menanti, Muar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.  Pihak sekolah perlulah memberi komitmen yang maksimum bagi memastikan pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar akan bertambah maju serta mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri pelajar abad ke-21 selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu, pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berfikiran aras tinggi dan ia akan difokuskan dalam semua mata pelajaran yang dipelajari.







BIBLIOGRAFI
Sumber primer :
Guru pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar, Puan Nor Azizah Binti Hashim.
Pembantu guru prasekolah SK Seri Menanti, Muar, Puan Halimah Binti Rabani.
Sumber sekunder:
Edgar Faure, “Pendidikan Seumur Hidup Dunia Pendidikan Hari Ini Dan Esok”.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993.
Christopher Bowring. Belajar Secara Berkesan Di Sekolah.
Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2007.
Mok Soon Sang. Ilmu Pengetahuan Untuk KPLI.  
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman SDN.BHD., Kuala Lumpur, 2000.
Ab. Rahim Selamat. Kemahiran Dalam Sekolah Bestari.
Kuala Lumpur : Badan Cemerlang SDN.BHD, Kuala Lumpur, 2000.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Blog Ahmad Ammar, Teknik Pengajaran.
http;//www.AhmadAmmarTeknikPengajaran.com.my

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahim Selamat. “Kemahiran Dalam Sekolah Bestari”.
Kuala Lumpur : Badan Cemerlang Sdn. Bhd, 2000.
Blog Ahmad Ammar, “Teknik Pengajaran”.
http;//www.AhmadAmmarTeknikPengajaran.com.my
Christopher Bowring. “Belajar Secara Berkesan Di Sekolah”.
Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2007.
Edgar Faure, “Pendidikan Seumur Hidup Dunia Pendidikan Hari Ini Dan Esok”.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
Mok Soon Sang. “Ilmu Pengetahuan Untuk KPLI”.  
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, 2000.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

22 comments:

  1. izinkan saya gunakannya sabagai panduan saya

    ReplyDelete
  2. Macam mana harus buat tajuk pendidikan dari sudut tokoh?????

    ReplyDelete
  3. izinkan saya gunakan ini sebagai panduan untuk saya ,ya

    ReplyDelete
  4. Izinkan saya gunakan ini sebagai panduan untuk saya

    ReplyDelete
  5. Izinkan saya gunakan ini sebagai panduan

    ReplyDelete
  6. Izinkan saya gunakan ini sebagai panduan kerja kursus saya.. terima kasih

    ReplyDelete
  7. Izinkan saya gunakan artikel ini sebagai panduan bagi kerja kursus saya . TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  8. izinkan saya untuk mengunakan artikel ini sebagai panduan kerja kursus saya.. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  9. Izinkan saya menggunakan hasil kerja anda sebagai panduan utk saya menulis esei ilmiah KK Sej t6 sem2 ya🙏

    ReplyDelete
  10. Izinkan saya gunakan ini sebagai rujukan

    ReplyDelete
  11. Maaf kan saya...izinkan saya menggunakan hasil kerja cik/Encik untuk dijadikan panduan KK Sej ya...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih. Ia sangat membantu. Semoga kami boleh membuat KK dengan cemerlang

    ReplyDelete
  13. Izinkan saya guna hasil kerja encik/cik untuk kerja khusus t6 sayaa..terima kasih

    ReplyDelete
  14. izinkan saya menggunakan hasil kerja ini sebagai rujukan. semoga tuhan merahmati penulis hasil kerja ini.

    ReplyDelete
  15. Izinkan sy guna artikel ni untuk kajian kk sy tq

    ReplyDelete
  16. Izinkan saya gunakan artikel ini untuk kajian kk saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Izinkan data gunakan artikel ini untuk panduan kk saya..

    ReplyDelete
  18. Izinkan saya menggunakan data yang diberikan untuk menjadikan panduan saya membuat kerja kursus f6 , sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  19. Yang contoh full kerja kursus sejarah stpm tentang perkembangan PENDIDIKAN pra sekolah

    ReplyDelete
  20. izinkan saya menggunakan artikel ini juga

    ReplyDelete
  21. Izinkan sya gunakan bahan ini

    ReplyDelete
  22. Izinkan saya menggunakan bahan ini sebagai rujukan

    ReplyDelete