Total Pageviews

Sunday 11 February 2018

lirik lagu muafakat johor

Lirik Lagu Muafakat Johor               
Muafakat Johor jadi sandaran
Beretika menjaga warisan
Cekal menghadapi cabaran dihadapan
Berhemah dan berkemajuan
Raja dan rakyat berpisah tiada
Bangsa johor tinggi setianya
Sanggup berkorban jiwa dan raga
Majulah johor luaskan kuasa
Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat
Tegak bangsa kerana budi
Kami mendengar suara hati
Membina bangsa dan negeri
Muafakat Johor terus dirahmati
Gagasan Johor berkemajuan
Bersama rakyat kita jayakan
Tidak pernah tunduk pada cabaran
Perjuangan mesti diteruskan
Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat
Muafakat itu berkat
Muafakat itu sepakat
Johor tetap jadi Johor
Hidup bermuafakat
Luaskan kuasamu

Johor tetap jadi Johor
Negeri berdaulat
Luaskan kuasamu

tips kurangkan berat badan untuk beginner

  Assalamualaikum, harini nak share tips-tips untuk kurangkan berat badan untuk beginner. Sedikit pengalaman, dulu berat saya 73kg dan sekarang berat saya 63kg hehe nak tahu macam mana boleh turun 10kg dalam masa sebulan? jum baca artikel saya ni.



  1. Pilih makanan yang sesuai
                  Untuk mengurangkan berat badan, saya akan pastikan makanan yang saya ambil kurang berlemak, tinggi serat, tinggi protein, dan kurang karbohidratnya. Contohnya, saya hanya makan nasi segenggam sahaja setiap hari sebagai sumber karbohidrat saya dan lebihkan makan buah-buahan supaya kita rasa full dan kenyang setiap masa. Pastikan anda memakan makanan yang organik maksudnya janganlah asyik makan fast food je. Tak baik untuk badan.
   
      2. Susun jadual pemakanan
                 
                  Pastikan anda makan 6 kali sehari iaitu sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. Saya amalkan makan sarapan oat kosong tanpa gula setiap hari (7a.m) , minum pagi (10a.m) saya akan ambil air kosong dan buah epal, untuk lunch (1p.m) saya akan makan daging ayam seketul sebagai sumber protein dan sayur-sayuran, minum petang (3.30p.m) pula air kosong dan buah, makan malam (6.30p.m) pula saya ambil seketul ayam dan buah manakala minum malam (9p.m) pula saya makan buah dan air kosong. Ingat, berlapar takkan membuat anda kurus.

      3. Kurangkan manisan atau pengambilan gula

                 Gula tinggi dengan glukosa, glukosa akan diproses menjadi tenaga untuk melakukan tugasan harian kita. Namun jika terdapat glukosa berlebihan yang tidak dibakar, ia akan berubah menjadi lemak dan menyebabkan kegemukan.

     4. Kurangkan pengambilan garam

                Garam bersifat hipertonik so ia akan menyebabkan air dalam badan kita kekurangan. Air amat penting untuk membakar makanan di dalam badan kita. Kekurangan air menyebabkan metabolisme bdana kita rendah dan banyak makanan tak dapat dibakar dngan sempurna. Kesannya makanan yang lebih lebih tu akan jadi lemak.

     5. Minum air kosong banyak-banyak

               Air sangat penting untuk memastikan metabolisme dan kadar pembakaran makanan dalam badan kita sentiasa dalam kondisi terbaik. Pastikan anda minum sekurang-kurangya 2-3 liter air sehari.

     6. Lakukan aktiviti riadah atau bersukan

               Riadah dan bersukan mempengaruhi proses penurunan berat badan kita sebanyak 20% manakala lagi 80% melalui pemakanan kita. Walaupun hanya 20% ia sangat sangatlah membantu. Untuk kurangkan berat badan perlu banyak buat kardio seperti joging, berbasikal atau berjalan kaki. Kalau saya, saya akan pastikan saya berjoging 30 minit setiap hari. Bersukan akan membakar kalori dan membakar lemak yang berlebihan dalam badan kita.

   Okaylah semua, nanti saya share lagi tips-tips untuk kurangkan berat badan. Semua yang saya cerita ni berdasarkan pengalaman sendiri tau hehe, semoga anda berjaya dapatkan berat badan idaman anda. bye byee assalamualaikum :)




Senaman untuk menurunkan berat badan

Antara senaman yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan :

1) jogging

   Jogging merupakan senaman popular untuk mereka yang ingin kurus dan menurunkan berat badan. Untuk kesan yang lebih maksimum anda disarankan untuk joging setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit. Secara puratanya, anda akan membakar 600 kalori dalam masa 1 jam.. Pastikan anda tidak makan makanan yang bergula atau manis sebelum anda berjoging. Ini untuk memastikan badan anda membakar kalori yang tinggi semasa anda berjoging. Kalau nak lagi advance joging masa perut kosong, memang lemak lemak korang akan terbakar. Ia disebut sebagai fasted cardio, tapi tak boleh lama lama sangat. Dalam 15 minit sahaja sudah memadai.

2) Berbasikal

  Purata mengatakan anda akan membakar 600 kalori dalam sejam anda berbasikal. Berbasikal lebih mudah dan ringan untuk mereka yang baru hendak memulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Selain daripada berat anda turun, anda juga boleh mendapatkan bentuk badan yang cantik melalui aktiviti berbasikal. Berbasikal lebih relaks dan menyeronokkan berbanding jogging.

3) Berjalan

  Haa ini paling mudah dilakukan. Berjalan kaki lah kemana sahaja anda hendak pergi. Anda boleh berjalan kaki di kawasan rekreasi, taman-taman, shopping mall, ataupun di tempat kerja sekali pun. Banyakkan menggunakan tangga berbanding lif. Walaupun nampak macam takde apa apa tapi ia akan memberi kesan positif terhadap penurunan berat badan anda dalam jangka masa panjang.

4) Latihan beban

 Untuk latihan beban anda boleh melakukannya di gym atau pun di rumah, asalkan anda mempunyai peralatan yang mencukupi. Saya memang ada satu dumbell di rumah untuk saya workout. Aktivit mengangkat beban akan membina lebih banyak otot dalam badan kita. Otot yang banyak akan membakar lebih banyak kalori yang kita makan setiap hari kerana terdapat mitokondria di dalam otot yang mengoksidakan glukos kepada tenaga. Haa so lagi banyak otot lagi bagus.




  Okay lah rasanya itu sahaja yang saya nak share berdasarkan pengalaman saya menurunkan 10kg dalam masa sebulan. Ingat, walaupun kerap bersenam tapi kalau tak jaga makan pun tak guna jugak 😎

contoh proposal kerja kursus sejarah stpm

TEMA : SEJARAH PENDIDIKAN
TAJUK: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH SK SERI MENANTI,
               MUAR, JOHOR ( 2005 – 2015M )
PENGENALAN
            Pendidikan prasekolah merupakan program yang memberi pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur dari 4 hingga 6 tahun yang mengambil masa setahun atau lebih sebelum melangkah ke Tahun Satu di sekolah formal.  Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia.  Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.  Bagi merealisasikan dasar kerajaan, prasekolah telah diwujudkan di semua sekolah rendah di Malaysia termasuklah di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar.

OBJEKTIF KAJIAN
            Penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk merintis sejarah awal penubuhan pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.  Dengan adanya kajian ini, masayarakat dapat mengetahui bila dan bagaimana prasekolah di SK Seri Menanti, Muar diwujudkan.
            Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti evolusi kurikulum, sistem pengajian, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
            Seterusnya, tujuan penulisan kajian ini adalah untuk mengkaji aktiviti yang dijalankan di prasekolah SK Seri Menanti, Muar.  Oleh itu, pelbagai pihak dapat mengetahui dan mengikuti segala aktiviti yang dijalankan.
            Di samping itu, kajian ini berfokus untuk mengkaji kejayaan dan sumbangan prasekolah SK Seri Menanti, Muar terhadap masayarakat setempat serta kemenjadian pelajarnya.
 
PERMASALAHAN KAJIAN
             Permasalahan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui bagaimanakah sejarah penubuhan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.  
   Selanjutnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji apakah evolusi yang berlaku kepada kurikulum, sistem pengajian dan kaedah P&P yang dilaksanakan di prasekolah SK Seri Menanti, Maur.
            Di samping itu, kajian ini adalah untuk mengkaji apakah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di prasekolah SK Seri Menanti.
            Seterusnya, kajian ini dijalankan untuk meninjau apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh unit dan pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar. Dengan adanya penulisan kajian ini, pelbagai pihak akan lebih mengetahui tentang kejayaan yang berjaya dicipta oleh unit dan pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar.

SKOP KAJIAN
            Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada kawasan Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar.  Sekolah ini terletak 15 km dari bandar Muar.  Majoriti penduduk di kawasan ini ialah masyarakat luar bandar yang menjalankan kegiatan ekonomi pertanian dan nelayan.
            Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2005 – 2015M. Tempoh kajian selama 10 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku perkembangan yang pesat pada unit dan pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar.
            Manakala dari aspek yang dikaji pula terdapat 4 aspek yang difokuskan. Ia tertumpu kepada asal usul permulaan pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti,Muar.  Dengan kajian ini pelbagai pihak dapat mengetahui bagaimana permulaan pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
            Malah kajian ini juga berfokus kepada evolusi kurikulum, sistem pengajian, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
            Di samping itu, kajian ini memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di prasekolah SK Seri Menanti, Muar.
            Selain itu, aspek yang seterusnya dikaji ialah kejayaan dan sumbangan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar kepada masyarakat setempat serta kemenjadian pelajarnya.

SOROTAN KAJIAN LEPAS
            Secara amnya, terdapat banyak kajian lepas yang berkaitan dengan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia. Namun majoriti kajian lebih tertumpu di kawasan bandar. Hanya sebilangan kecil sahaja yang menjalankan kajian di kawasan luar bandar dan terpencil. Antaranya adalah penulisan Edgar Faure (1993) dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Seumur Hidup Dunia Pendidikan Hari Ini Dan Esok yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan di Kuala Lumpur pada halaman 257 beliau menekankan pertimbangan pendidikan prasekolah iaitu peri pentingnya pendidikan awal kanak-kanak dalam perkembangan bakat dan perkembangan sahsiahnya di kemudian nanti tidak dapat diragukan, seperti mengikut pernyataan psikologi moden dan pemerhatian biasa.  Namun demikian sistem pendidikan kerap kali berjalan seolah-olah fasa hidup ini tidak penting. Kekurangannya dalam hal ini dengan jelas dapat diterangkan di banyak negara dengan kekurangan sumber untuk memenuhi permintaan pendidikan, tetapi sisitem ini juga mengakibatkan pula kegagalan mengenali betapa pentingnya kepada perkembangan keadaan pendidikan individu dalam masa awal kanak-kanak.
            Menurut  Christopher Browing dalam majalahnya yang berjudul Belajar Secara Berkesan Di Sekolah yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad di Kuala Lumpur (2007) pada halaman 61 beliau menegaskan bahawa bab ini memaparkan peta dunia di mana kanak-kanak di sekolah pada zaman akan datang hidup, bekerja dan menjalani kehidupan.  Dunia itu berbezadengan apa yang biasa kita kenali; perubahan berlaku dengan pesatnya dan berterusan serta begitu kerap.  Kepastian yang ada pada anak-anak kita adalah tidak pasti.  Mungkin kekerapan perubahan yang berlaku menyebabkan sukar bagi manusia menanganinya.  Selama beribu tahun manusia mengembara.  Walau bagaimanapun mereka menyampaikan informasi, bilangan yang dapat mereka hapuskan dalam sesuatu pertempuran, berubah dengan sedikit sahaja.
            Berdasarkan penulisan Ahmad Ammar dalam blognya, (http;www.AhmadAmmar_TeknikPengajaran.com.my) yang bertajuk Teknik Pengajaran, beliau menjelaskan di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengjar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.
 


KAEDAH KAJIAN
            Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 3 kaedah untuk mendapatkan maklumat.  Pada mulanya, penulis menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi memperolehi sumber primer dan sumber sekunder.  Penyelidikan perpustakaan dijalankan di Perpustakaan SMK Pekan Baru, Muar serta perpustakaan SK Seri Menanti, Muar.  Ini dilakukan untuk mendapatkan rekod – rekod berkenaan sistem pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
            Selain itu penulis juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual.  Soalan – soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini.  Antara yang terlibat ialah guru yang mengajar pelajar prasekolah iaitu Puan Nor Azizah Binti Hashim dan pembantu guru prasekolah di SK Seri Menanti iaitu Puan Halimah Binti Rabani. Maklumat yang diperolehi akan dicatat dan dirakam.  
            Pengkaji juga memilih untuk menggunakan kaedah kerja lapangan dan pemerhatian dengan melawat ke bangunan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar untuk melihat sendiri bagaimana proses P&P dijalankan.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
            Esei ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian yang penting iaitu bahagian pengenalan,isi dan kesimpulan.  Bahagian pengenalan, menjelaskan konsep asas tentang sistem pendidikan prasekolah yang dilaksanakan di Malaysia.
            Dalam bahagian isi, akan menjelaskan asal usul atau latar belakang pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.  Seterusnya pengkaji juga akan menjelaskan evolusi yang berlaku kepada kurikulum, sistem pengajian, kaedah P&P yang dilaksanakan di prasekolah SK Seri Menanti, Muar.  Pengkaji akan menjelaskan kemudahan prasarana yang terdapat di prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.  Seterusnya pengkaji akan menjelaskan perkembangan dan pencapaian serta kejayaan yang berjaya dicipta oleh unit dan pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar serta kemenjadian pelajarnya.
            Bahagian kesimpulan  akan merumus hasil kajian dan memberikan pandangan dan harapan terhadap sistem pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.

PENUTUP
            Dengan adanya kajian ini, diharapkan seperti ini akan dapat menambahkan lagi kejayaan dan perkembangan pelajar-pelajar dan guru-guru prasekolah di SK Seri Menanti, Muar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.  Pihak sekolah perlulah memberi komitmen yang maksimum bagi memastikan pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar akan bertambah maju serta mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri pelajar abad ke-21 selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu, pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berfikiran aras tinggi dan ia akan difokuskan dalam semua mata pelajaran yang dipelajari.







BIBLIOGRAFI
Sumber primer :
Guru pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar, Puan Nor Azizah Binti Hashim.
Pembantu guru prasekolah SK Seri Menanti, Muar, Puan Halimah Binti Rabani.
Sumber sekunder:
Edgar Faure, “Pendidikan Seumur Hidup Dunia Pendidikan Hari Ini Dan Esok”.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993.
Christopher Bowring. Belajar Secara Berkesan Di Sekolah.
Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2007.
Mok Soon Sang. Ilmu Pengetahuan Untuk KPLI.  
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman SDN.BHD., Kuala Lumpur, 2000.
Ab. Rahim Selamat. Kemahiran Dalam Sekolah Bestari.
Kuala Lumpur : Badan Cemerlang SDN.BHD, Kuala Lumpur, 2000.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Blog Ahmad Ammar, Teknik Pengajaran.
http;//www.AhmadAmmarTeknikPengajaran.com.my

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahim Selamat. “Kemahiran Dalam Sekolah Bestari”.
Kuala Lumpur : Badan Cemerlang Sdn. Bhd, 2000.
Blog Ahmad Ammar, “Teknik Pengajaran”.
http;//www.AhmadAmmarTeknikPengajaran.com.my
Christopher Bowring. “Belajar Secara Berkesan Di Sekolah”.
Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2007.
Edgar Faure, “Pendidikan Seumur Hidup Dunia Pendidikan Hari Ini Dan Esok”.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
Mok Soon Sang. “Ilmu Pengetahuan Untuk KPLI”.  
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, 2000.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

contoh kerja kursus pengajian am

1.0 PENGENALAN.
                Umum mengetahui yang perpustakaan merupakan sebuah gedung ilmu yang menyimpan pelbagai buku dan bahan-bahan bacaan lain. Kemudahan perpustakaan juga merupakan kemudahan awam iaitu prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kemudahan bermaksud perihal ataupun kesenangan yang disediakan oleh pihak tertentu seperti kerajaan. Prasarana pula bermaksud keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas yang diperlukan bagi pembangunan dan kemajuan infrastruktur. Oleh itu, kemudahan prasarana bermaksud kesenangan yang disediakan oleh pihak kerajaan iaitu perkhidmatan asas bagi pembangunan dan kemajuan infrastruktur seperti perpustakaan sekolah.

            Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perpustakaan berasal daripada perkataan pustaka iaitu tempat simpanan buku-buku untuk digunakan. Sehubungan dengan itu, perpustakaan juga merupakan bangunan yang mengumpulkan buku-buku (untuk bacaan). Manakala perpustakaan sekolah ataupun pusat sumber ialah bermaksud pusat pendidikan dan pusat perkembangan pendidikan. Menurut Random House dalam bukunya Dictionary of The English Language, perpustakaan adalah suatu tempat berupa sebuah ruangan atau gedung yang berisi buku dan bahan lain untuk bacaan ataupun rujukan.

            Dalam buku Panduan Mengurus Perpustakaan oleh Irma Indayu Omar, sejarah perpustakaan di Malaysia bermula pada tahun 1956 apabila Malayan Library Group (MLG) menghantar memorandum iaitu Public Library Services for the Federation of Malaya. Memorandum ini mencadangkan penubuhan Lembaga Perpustakaan Negara yang mempunyai kuasa eksekutif bagi memulakan perkhidmatan Perpustakaan Negara. Pada tahun 1959 hingga 1961, usaha ke arah menubuhkan Perpustakaan Negara digerakkan oleh beberapa badan professional, persatuan dan pertubuhan seperti Persatuan Perpustakaan Malaysia, organisasi swasta dan orang perseorangan. Melalui penubuhan perpustakaan itu, banyak akta yang dibuat seperti Akta Pemeliharaaan Buku-Buku pada tahun 1996. Perpustakaan Negara Malaysia juga bertanggungjawab menyelaras pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di seluruh negara. Ia berperanan memastikan seluruh masyarakat Malaysia dapat menikmati kemudahan perkhidmatan maklumat yang memuaskan.

            Selain itu menurut buku Panduan Mengurus Perpustakaan,dasar negara bagi perpustakaan dan perkhidmatan, maklumat menggariskan panduan-panduan kearah pembangunan dan perancangan perkhidmatan perpustakaan yang sistematik. Dengan ini, ia berhasrat untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Dasar itu dirangka dengan mengambil kira infrastruktur perkhidmatan perpustakaan dan maklumat yang ada pada masa sekarang dan perundangan yang berkaitan dengan penubuhan Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri-Negeri dan penyerahan bahan-bahan perpustakaan.

            Menurut Sulistyo-Basuki (1993), apabila kita lihat sejarah perpustakaan, tidak dapat dinafikan kepentingan perpustakaan sebagai pusat penyimpanan tamadun ilmu. Perpustakaan mencerminkan keadaan sosioekonomi dan taraf pendidikan negara dan masyarakat di mana ia berada. Negara dan masyarakat yang bertamadun dan memiliki budaya ilmu menghargai ilmu pengetahuan dan ini diterjemahkan kepada pembangunan perpustakaan yang meyimpan bahan-bahan ilmu itu. Ini dapat ditekankan lagi iaitu perpustakaan ialah sebuah ruangan, bahagian sebuah gedung yang digunakan untuk menyimpan buku dan terbitan lain yang disimpan menurut susunan tertentu untuk digunakan pembaca.

Dalam penulisan Irma Indayu Omar (2005), dia menyatakan yang perpustakaan sekolah biasanya dipanggil pusat sumber, disetiap sekolah mesti dilengkapi dengan perpustakaan. Saiz perpustakaan sekolah kebanyakkannya adalah kecil dengan koleksi bahan yang sederhana. Koleksinya terdiri daripada buku-buku rujukan seperti kamus, ensiklopedia, atlas dan juga buku cerita. Hampir semua perpustakaan sekolah di Malaysia dikendalikan oleh seorang atau beberapa orang guru.
           
Kajian Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah megenai perpustakaan pula ialah dia menekankan perpustakaan sekolah ialah pusat pendidikan,pusat pembelajaran, pusat pendidikan guru dan membayangkan peranan dan sumbangannya penting terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bidang pendidikan. Oleh itu, fungsi dan peranan pusat sumber sekolah harus menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah.  Melalui penggunaan pusat sumber, pelajar dan guru dapat dibantu dan dibimbing untuk memperolehi ilmu, kemahiran dan nilai yang berkait dengan keadaan hidup yang sebenar untuk belajar dan memahaminya.  Menurutnya lagi, perpustakaan sekolah bermula dengan nama khutub khanah yang diwujudkan penjajah Inggeris dengan tujuan untuk pendidikan ala kadar sahaja bukan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum ada sekolah menengah kebangsaan, khutub khanah hanya disekolah-sekolah terkemuka seperti Victoria Institution. Selepas negara mencapai kemerdekaan, pembangunan pusat sumber bertambah rancak dan perkhidmatan perpustakaan sekolah memang telah sedia ada di kebanyakan sekolah tanpa mengira sekolah kecil atau sekolah besar, di Bandar ataupun di luar bandar.

            Namun tidak dinafikan adanya perbezaan yang ketara antara sesebuah perpustakaan sekolah dengan perpustakaan sekolah yang lain, disebabkan faktor-faktor tertentu seperti sikap, kewangan, kemudahan fizikal, alam persekitaran dan sebagainya. Tentang perkhidmatan pandang dengar pula, sejarah wujudnya memang terkemudian daripada perkhidmatan buku. Ini dapat membantu kepada penambahan tarikan perpustakaan yang lebih baik.  Keadaan-keadaan yang sedemikian, penubuhan pusat sumber di peringkat sekolah adalah merupakan suatu jalan penyelesaian yang dianggap wajar sekali dalam usaha menyediakan perkhidmatan sokongan yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Abd. Rahim, 1996),.

            Rasionalnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong pelajar  Tingkatan Lima SMK Pekan Baru Muar, gemar menggunakan perpustakaan sekolah. Hal ini juga bagi melihat sejauh mana kemampuan perpustakaan ini dari segi kemudahan yang disediakan mahupun faktor yang menjadi daya penarik kepada pelajar untuk ke perpustakaan. Ini juga ingin melihat keberkesanan peranan perpustakaan sekolah itu sendiri.  SMK Pekan Baru Muar, di Pekan Baru Muar, dipilih kerana pengkaji menuntut di sini dan memudahkan kajian dijalankan. Kajian melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan Lima sebagai responden dimana persempelan dipilih secara rawak bertujuan.  Kajian dibuat secara tinjauan menerusi instrument seperti soal selidik, pemerhatian, temu bual dan rujukan pada waktu lapang pengkaji.  Data kajian berbentuk Skala Likert dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan dipersembahkan ke bentuk grafik yang sesuai.  Beberapa faktor dikenal pasti sebagai faktor yang menarik pelajar Tingkatan Lima gemar menggunakkan perpustakaan disamping mengkaji kepentingan kemudahan perpustakaan kepada pelajar yang sama di sekolah ini.  Moga kajian ini mampu menjadi pendorong kepada pelajar yang lain dimasa akan datang.
















2.0  OBJEKTIF KAJIAN.

Kajian yang dijalankan perlu berfokus supaya mencapai suatu dapatan yang mampu menghurai persoalan atau isu-isu yang dibangkitkan. Sehubungan dengan itu,dalam kajian ini  akan menjalankan kajian berdasarkan 2 objektif sebagaimana berikut.
i.                      Mengenal pasti faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar
                menggunakan kemudahan perpustakaan di SMK Pekan Baru Muar,83600
                Semerah,Batu Pahat,Johor.
           
      ii        Mengkaji kepentingan kemudahan perpustakaan kepada pelajar Tingkatan 5
                di SMK Pekan Baru Muar,83600 Semerah,Batu Pahat,Johor.

                













3.0 LOKASI KAJIAN.

Peta 1 : Peta Negeri Johor

Negeri Johor dikenali dengan nama Johor Darul Takzim atau ringkasnya JDT. Negeri Johor juga merupakan disempadani oleh beberapa negeri iaitu seperti Melaka dan negara Singapura. Johor merupakan negeri kedua terbesar selepas Negeri Pahang. Selain itu, asal usul perkataan Johor diambil daripada perkataan Arab ‘Jauhar’ yang bermaksud ‘Permata Berharga’. Ini dapat dilihat adanya pengaruh Arab di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perdagangan rempah ketika dahulu.Di negeri Johor ini juga mempunyai daerah yang terletaknya lokasi kajian pengkaji.



Peta 2 : Peta Daerah Muar,Johor.

Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor. Daerah Muar ini terdiri daripada Bandar Muar itu sendiri iaitu Bandar Maharani yang dikenali dengan nama Bandar Di Raja serta beberapa pekan yang lain. Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada perkataan Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan “Ar” yang bermaksud Tiga dan Sungai. Ini juga menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan merupakan sungai terpanjang di Johor.















Peta 3 : Peta Kawasan Pekan Baru Parit Yusof

            Kawasan Pekan Baru Parit Yusof merupakan satu kawasan yang terletak di antara daerah Muar dan Batu Pahat. Di kawasan ini juga, ia merupakan kawasan terletaknya lokasi kajian iaitu di SMK Pekan Baru Muar Johor. Jarak lokasi kajian dari rumah pengkaji ialah 3 km – 4 km dan mengambil kira-kira 10- 15 minit. Oleh itu, pengkaji terdorong untuk membuat kajian mengenai kemudahan perpustakaan di lokasi tersebut iaitu di SMK Pekan Baru Muar.








Foto 1 : Pintu Masuk Utama Perpustakaan SMK Pekan Baru Muar.
Sumber : Kerja Lapangan 2016

            Foto 1 menunjukkan pintu masuk utama ke perpustakaan SMK Pekan Baru Muar, di mana pelajar-pelajar Tingkatan 5 gemar ke tempat ini. Perpustakaan ini terletak di tingkat empat bangunan Al-Razi.  Ia disediakan untuk dimanfaatkan oleh seramai 1200 orang pelajar sekolah ini.  Perpustakaan merupakan premis yang dianggap untuk menimba dan menuntut ilmu. Peranan perpustakaan yang masih menjadi tempat rujukan pelajar-pelajar memberi maklumat yang penting di mana ia merupakan perpustakaan yang dikunjungi oleh pelajar-pelajar SMK Pekan Baru Muar dari mula ia dibuka iaitu pada tahun 1973.
           





4.0  METODOLOGI KAJIAN.

4.1 Pendahuluan
            Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Metodologi merupakan satu sistem yang merangkumi keadah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, batasan kajian, instrument kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

4.2 Cara Mendapatkan Responden
            Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan 5 SMK Pekan Baru Muar, 83600 Semerah, Batu Pahat, Johor. Daripada jumlah keseluruhan pelajar Tingkatan 5 adalah terdiri daripada 10 orang lelaki dan 20 orang perempuan yang merupakan pelajar-pelajar SMK Pekan Baru Muar akan diambil sebagai responden. Responden terbatas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 sahaja dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik persampelan rawak bertujuan di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini, pelajar Tingkatan 5 akan dapat memberikan pendapat mereka dan peluang yang diberikan adalah sama untuk dipilih sebagai seorang responden. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan 5 dan 30 set borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak bertujuan untuk memperoleh data yang tepat. Secara kualitatif pula, 3 orang pelajar akan dipilih untuk ditemu bual dan 3 kali pemerhatian akan dijalankan pada masa-masa yang berbeza. Selain itu, kaedah rujukan akan dilakukan sendiri oleh pengkaji di perpustakaan sekolah mahupun melalui rujukan laman sesawang.




4.3 Cara Mendapatkan Maklumat/Data
            Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar menggunakan kemudahan perpustakaan dan mengkaji kepentingan kemudahan perpustakaan kepada pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru Muar, 83600 Semerah, Batu Pahat, Johor.

            Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang temu bual, borang soal selidik, pemerhatian  dan kaedah rujukan.
Jadual 1 : Instrumen Kajian
Kaedah
Instrumen Kajian
Kuantitatif
Borang soal selidik
Kualitatif
Borang Pemerhatian, Borang temu bual, Rujukan
Sumber : Buku Rujukan

            Borang soal selidik yang sesuai telah dibina untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian iaitu  untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar menggunakan kemudahan perpustakaan dan mengkaji kepentingan kemudahan perpustakaan kepada pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru Muar,83600 Semerah, Batu Pahat, Johor. Borang telah diedarkan secara rawak bertujuan kepada responden di kawasan kajian semasa waktu lapang mereka. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A tentang demografi responden iaitu pelajar manakala Bahagian B adalah soalan mengenai faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar menggunakan kemudahan perpustakaan. Bahagian C pula adalah soalan mengenai kepentingan kemudahan perpustakaan kepada pelajar Tingkatan 5. Kesemua 30 responden adalah dalam kalangan pelajar  Tingkatan 5 SMK Pekan Baru Muar, 83600 Semerah, Batu Pahat, Johor. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert lima mata yang mengandungi lima aras iaitu 1 – Sangat Tidak Setuju; 2 – Tidak Setuju; 3 – Kurang Setuju; 4 – Setuju dan 5 – Sangat Setuju.

Jadual 2 : Skala Likert 5 Peringkat
Aras
Mata
Sangat Tidak Setuju
1
Tidak Setuju
2
Kurang Setuju
3
Setuju
4
Sangat Setuju
5
Sumber : Buku Rujukan.

            Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan dan melibatkan 3 orang pelajar yang menggunakan kemudahan perpustakaan serta belajar di kawasan kajian iaitu SMK Pekan Baru Muar. Tujuan utama temubual ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar menggunakan kemudahan perpustakaan di SMK Pekan Baru Muar dan mengkaji kepentingan kemudahan perpustakaan kepada pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru Muar. Temu bual dibuat sebagaimana temujanji yang ditentukan pada awalnya. Di samping itu, pengkaji juga akan meminta pendapat responden melalui temu bual ini.

            Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan adalah  melalui kaedah rujukan. Pengkaji telah merujuk surat khabar, majalah, laman sesawang rasmi dan Kamus Dewan Edisi ke-4 daripada perpustakaan SMK Pekan Baru Muar pada waktu lapang mahupun selepas waktu persekolahan. Pengkaji telah mencari banyak perkataan dengan definisinya daripada Kamus Dewan sebagai sokongan hasil kerja. Semua bahan adalah tentang fungsi perpustakaan dan kepentingan perpustakaan kepada pelajar-pelajar. Rujukan dari bahan jalur lebar rasmi juga banyak membantu.
            Kaedah yang seterusnya ialah melalui kaedah pemerhatian. Pengkaji akan melihat sendiri kemudahan perpustakaan yang disediakan oleh SMK Pekan Baru dan melihat juga mengapa  pelajar-pelajar Tingkatan 5 gemar ke perpustakaan.   Pemerhatian kajian adalah di antara tempoh bulan Januari hingga bulan Mac tahun 2016.

4.4 Memproses dan mempersembahkan data
            Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisian data yang berbentuk skala Likert. Untuk memudahkan penganalisian data, skala likert akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah.
Jadual 3 : Pengkelasan Skala Likert
Kategori
Tidak Setuju
Setuju
1
Sangat Tidak Setuju
2
Tidak Setuju
3
Kurang Setuju
4
Setuju
5
Sangat Setuju
Sumber : Buku Rujukan.

            Selain itu, dalam aspek penganalisian data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan, min dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis. Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar, carta pai dan jadual.

4.5 Prosedur Pengumpulan Data
            Berdasarkan Rajah 1 di bawah, kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur kajian yang telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian dimulakan dengan perbincangan bersama guru pembimbing mengenai tema dan isu yang ingin dikaji. Perbincangan melibatkan perkara-perkara seperti mengenal pasti isu, tajuk dan objektif kajian. Selain itu, perbincangan juga tentang instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan isu yang telah dibincangkan, mengenal pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data.

Prosedur Pengumpulan Data :
Membina item soalan kajian

Mendapatkan kebenaran daripada pengetua sekolah

Mendapatkan kebenaran  guru matapelajaran

Mengedar borang soal selidik kepada responden

Menganalisis data

Mentafsir data

Membuat rumusan kajian
Rajah 1 : Prosedur Pengumpulan Data
Sumber : Buku Rujukan

            Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahihan dapatan kajian. Sehubungan itu, pengkaji akan mengikut tatacara kajian yang ketat bagi mencapai prosedur pengumpulan data dan instrumen yang telah dikenal pasti.
5.0  DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN.     
                
Bahagian ini akan menjelaskan tentang hasil penemuan kajian tentang persepsi pelajar Tingkatan 5 terhadap kemudahan perpustakaan di SMK Pekan Baru Muar, 83600 Semerah, Batu Pahat, Johor.  Bahagian ini juga membincangkan tentang analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar menggunakan kemudahan perpustakaan di SMK Pekan Baru dan kepentingan kemudahan perpustakaan kepada pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru. Data yang diperolehi diproses bagi mendapatkan statistik nilai peratusan, taburan kekerapan, min dan purata.















5.1 Demografi Kajian
           Jadual 4 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar Tingkatan 5 SMK Pekan Baru yang menggunakan kemudahan perpustakaan di SMK Pekan Baru berdasarkan jantina,tingkatan dan kekerapan ke perpustakaan.
Jadual 4 : Demografi Respoden
Bil
Faktor
Kategori
Kekerapan
Peratusan
1
Jantina
Lelaki
10
33.33%
Perempuan
20
66.66%
2
Tingkatan
5 Sains Agama
5
16.66%
5 Sains Tulen
5
16.66%
5 Perakaunan
5
16.66%
5 Ekonomi  
   Asas
3
10.00%
5 Perdagangan
3
10.00%
5 Katering
3
10.00%
5 Landskap
3
10.00%
5 Seni Kreatif
3
10.00%
3
Kekerapan Ke Perpustakaan
Setiap Hari
3
10.00%
2 Hari Sekali
8
26.66%
3 Hari Sekali
12
40.00%
1 Minggu Sekali
7
23.33%
Sumber : Kajian Lapangan 2016






                  Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina pelajar Tingkatan 5 SMK Pekan Baru yang menggunakan kemudahan perpustakaan di SMK Pekan Baru.

Rajah 2 : Demografi Respoden Berdasarkan Jantina
Sumber : Kajian Lapangan 2016
                Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina terhadap pelajar ke perpustakaan sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan 5 SMK Pekan Baru Muar. Daripada 30 responden yang telah disoal selidik,seramai 10 orang responden adalah lelaki yang bersamaan dengan 33.00% manakala 20 orang responden adalah perempuan yang bersamaan dengan 67.00%. Maklumat jantina adalah diambil diantara lelaki dan perempuan bagi mendapatkan kepelbagaian maklumat dan pendapat daripada kedua-dua belah pihak. Maklumat yang diperoleh ini agar tidak hanya cenderung kepada satu pihak sahaja. Oleh itu,maklumat yang diperoleh adalah seimbang.



Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan tingkatan.

Rajah 3 : Demografi Responden Berdasarkan Tingkatan
Sumber : Kajian Lapangan 2016
                    Rajah 3 di atas menunjukkan demografi respoden berdasarkan tingkatan iaitu pelajar tingkatan 5 SMK Pekan Baru. Daripada 30 orang responden,seramai 5 orang responden daripada 5 Sains Agama, 5 orang daripada 5 Sains Tulen dan 5 orang daripada 5 Perakaunan yang mempunyai peratus yang sama iaitu 17.00% di mana merupakan responden terbanyak dalam kajian ini. Selain itu, seramai 3 orang responden daripada 5 Ekonomi Asas, 3 orang daripada 5 Perdagangan,                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    3 orang daripada 5 Katering, 3 orang daripada 5 Landskap dan 3 orang daripada 5 Seni Kreatif yang mempunyai peratus yang sama iaitu 10.00%. Maklumat pecahan tingkatan diambil supaya dapat mengetahui pandangan dan pendapat mereka yang berbeza dan adil bagi setiap lapisan.



Rajah 4 menunjukkan demografi responden berdasarkan kekerapan pelajar ke perpustakaan.
Rajah 4 : Demografi Responden Berdasarkan Kekerapan Ke Perpustakaan.
Sumber : Kajian Lapangan 2016.

                      Rajah 4 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan kekerapan ke perpustakaan oleh pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru Muar. Daripada 30 orang responden, seramai 3 orang responden bersamaan dengan 10.00% yang pergi ke perpustakaan setiap hari. Selain itu,seramai 8 orang responden bersamaan dengan 27.00% yang pergi ke perpustakaan 2 hari sekali. Seterusnya, seramai 12 orang responden bersamaan dengan 40.00% yang pergi ke perpustakaan 3 hari sekali dan merupakan kekerapan yang terbesar. Akhir sekali, seramai 7 orang responden bersamaan dengan 23.00% yang pergi ke perpustakaan 1 minggu sekali di SMK Pekan Baru Muar.  Penyataan ini dipilih kerana pelajar yang kerap ke perpustakaan akan dapat memberikan pendapat dan tindak balas yang tepat dan jujur bagi semua penyataan yang diutarakan.


5.2       Faktor-Faktor Yang Menarik Pelajar Tingkatan 5 Gemar Menggunakan Kemudahan Perpustakaan Di SMK Pekan Baru Muar.
Jadual 5 menunjukkan faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar menggunakan kemudahan perpustakaan di SMK Pekan Baru Muar.

Jadual 5 : Analisis Faktor-Faktor Yang Menarik Pelajar Tingkatan 5 Gemar Menggunakan Kemudahan Perpustakaan Di SMK Pekan Baru Muar.
Bil
Faktor-faktor yang menarik pelajar menggunakan perpustakaan
1
2
3
4
5
Min
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Sumber rujukan yang banyak dan mencukupi
0
0
0
0
1
3.33
19
63.33
10
33.33
4.30
2
Sudut berinformasi dan suasana perpustakaan yang kondusif
0
0
0
0
1
3.33
11
36.67
18
60
4.57
3
Alat penghawa dingin memberikan keselesaan
0
0
0
0
2
6.67
13
43.33
15
50
4.43
4
Kepelbagaian bahan bacaan
0
0
0
0
0
0
22
73.33
8
26.67
4.27
5
Layanan pustakawan dan guru yang mesra dan amat membantu
1
3.33
1
3.33
5
16.67
13
43.33
10
33.33
4.00
6
Susunan buku mengikut genre
0
0
1
3.33
5
16.67
15
50
9
30
4.07
7
Penyusunan meja dan kerusi yang teratur
0
0
0
0
1
3.33
18
60
11
36.67
4.33
Sumber : Kajian Lapangan 2016


Rajah 5 : Peratusan Faktor-Faktor Yang Menarik Pelajar Tingkatan  5 Gemar Menggunakan Kemudahan Perpustakaan Di SMK Pekan Baru Muar.
Sumber : Kajian Lapangan 2016






Rajah 6 : Rumusan Peratusan Faktor-Faktor Yang Menarik Pelajar Tingkatan  5 Gemar Menggunakan Kemudahan Perpustakaan Di SMK Pekan Baru Muar.
Sumber : Kajian Lapangan 2016
            Jadual 5 menunjukkan faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar menggunakan kemudahan perpustakaan di SMK Pekan Baru Muar. Didapati paling ramai responden setuju dengan penyataan sumber rujukan yang banyak dan mencukupi iaitu seramai 19 orang responden daripada 30 orang responden yang menjawab borang soal selidik, bersamaan dengan 63.33%.  Pada penyataan sumber rujukan yang banyak dan mencukupi, seorang responden daripada 30 responden  memilih kurang setuju bersamaan dengan 3.33% dan ia menunjukkan bilangan yang paling sedikit. Seramai 10 orang memilih sangat setuju bersamaan dengan 33.33%. Min keseluruhan bagi pernyataan tersebut ialah 4.30 iaitu menunjukkan kebanyakkannya  bersetuju dengan penyataan sumber rujukan yang banyak dan mencukupi.
            Hal ini disokong dengan temu bual yang dilakukan bersama Informen 1(seorang pelajar perempuan Tingkatan 5) yang menyatakan bahawa,
            Saya merasa sumber rujukan di dalam perpustakaan  adalah mencukupi dan banyak kerana semua jenis rujukan yang dicari dapat diperolehi.”
(I1,Temu bual pada 27/01/2016)
Selain itu, pada penyataan sudut berinformasi dan suasana perpustakaan yang kondusif mencatatkan bilangan yang paling ramai memilih sangat setuju iaitu seramai 18 orang responden bersamaan dengan 60.00%. Manakala seorang responden daripada 30 orang responden memilih kurang setuju bersamaan dengan 3.33% dan ia menunjukkan bilangan yang paling sedikit. Seramai 11 orang memilih sangat setuju bersamaan dengan 36.67%. Min keseluruhan bagi penyataan tersebut ialah iaitu 4.57% iaitu menunjukkan kebanyakkannya bersetuju dengan penyataan sudut berinformasi dan suasana perpustakaan yang kondusif.
            Bagi pernyataan ini, hal ini juga disokong dengan temubual yang dilakukan bersama Informen 1(seorang pelajar perempuan Tingkatan 5) yang menyatakan bahawa,
Bagi saya, pengudaraan di dalam perpustakaan berada dalam keadaan yang baik. Ini membuatkan saya mencari buku dengan selesa.”
(I1,Temu bual pada 27/01/2016)
Foto 2 : Sudut Berinformasi
Sumber: Kerja Lapangan 2016

Foto 3 : Suasana Perpustakaan Yang Kondusif
Sumber: Kerja Lapangan 2016

            Seterusnya, pada penyataan alat penghawa dingin memberikan keselesaan mencatatkan bilangan yang paling ramai memilih sangat setuju iaitu 15 orang responden daripada 30 orang responden bersamaan 50.00%. Manakala 2 orang responden daripada 30 orang responden memilih kurang setuju bersamaan 6.67% dan ia menunjukkan bilangan yang paling sedikit. Seramai 13 orang memilih setuju bersamaan dengan 43.33%. Min keseluruhan bagi penyataan tersebut ialah 4.43% iaitu menunjukkan kebanyakkannya sangat bersetuju dengan penyataan alat penghawa dingin memberikan keselesaan.
            Hal ini disokong juga dengan temubual yang dilakukan bersama Informen 2 (seorang pelajar perempuan Tingkatan 5) yang menyatakan bahawa,
            Ya, kerana penghawa dingin dalam keadaan yang baik dan sejuk. Keadaan ini membuatkan saya suka mengisi masa lapang di perpustakaan.”
(I2,Temu bual pada 15/02/2016)

            Pada penyataan kepelbagaian bahan bacaan mencatatkan bilangan paling ramai memilih setuju iaitu seramai 22 orang responden daripada 30 orang responden bersamaan 73.33% dan seramai 8 orang responden memilih sangat setuju iaitu bersamaan dengan 26.67%. Min keseluruhan bagi penyataan tersebut ialah 4.27%
iaitu menunjukkan kebanyakkannya sangat bersetuju dengan penyataan kepelbagaian bahan bacaan.
            Menerusi temubual dengan Informen 2 lagi,beliau menyatakan,
banyak buku yang saya perlukan ada di perpustakaan dan merangkumi pelbagai bacaan.”
(I2,Temu bual pada 15/02/2016)
Pada penyataan layanan pustakawan dan guru yang mesra dan amat membantu mencatatkan bilangan paling ramai memilih setuju iaitu seramai 13 orang responden daripada 30 orang responden bersamaan 43.33%. Manakala  seorang responden daripada 30 orang responden memilih sangat tidak setuju bersamaan 3.33% dan ia merupakan bilangan yang paling sedikit. Seramai 5 orang responden telah memilih kurang setuju bersamaan 16.67% dan 10 orang responden memilih sangat setuju iaitu bersamaan dengan 33.33%. Min keseluruhan bagi penyataan tersebut ialah 4.00 iaitu menunjukkan kebanyakkannya setuju dengan penyataan layanan pustakawan dan guru yang mesra.
            Pada penyataan susunan buku mengikut genre mencatatkan bilangan paling ramai memilih setuju iaitu seramai 15 orang responden daripada 30 orang responden bersamaan 50.00%. Manakala seorang responden daripada 30 orang responden memilih tidak setuju bersamaan 3.33% dan ia merupakan bilangan yang paling sedikit. Seramai 5 orang responden memilih kurang setuju bersamaan 16.67% dan 9 orang memilih sangat setuju iaitu bersamaan dengan 30.00%. Min keseluruhan bagi penyataan tersebut ialah 4.07 iaitu menunjukkan kebanyakkannya setuju dengan penyataan susunan buku mengikut genre.
            Hal ini disokong dengan temubual yang dilakukan bersama Informen 3 (seorang pelajar lelaki Tingkatan 5) yang menyatakan bahawa,
            Bagi saya, bukunya senang dan mudah diperoleh kerana  disusun ikut genre”
(I3, Temu bual pada 07/03/2016)

            Di samping itu, pada penyataan penyusunan meja dan kerusi yang teratur mencatatkan bilangan paling ramai memilih setuju iaitu seramai 18 orang daripada 30 orang responden bersamaan 60.00%. Manakala seorang responden daripada 30 orang responden memilih kurang setuju bersamaan 3.33% dan ia merupakan bilangan yang paling sedikit. Seramai 11 orang memilih sangat setuju iaitu bersamaan dengan 36.67%. Min keseluruhan bagi penyataan tersebut ialah 4.33 iaitu menunjukkan kebanyakkannya setuju dengan penyataan penyusunan meja dan kerusi yang teratur.
            Menurut Informen 1, beliau menyatakan bahawa dengan susunan kerusi dan meja  yang teratur menjadikan perpustakaan suatu tempat yang selesa untuk mengulangkaji.
            Berdasarkan rajah 6 di atas, rumusan memaparkan sebanyak 8.58% ( Sangat Tidak Setuju + Tidak Setuju + Kurang Setuju ) iaitu sebanyak 18 orang responden tidak setuju dengan faktor-faktor yang dikemukakan. Namun demikian, amat dominan dengan pencapaian 91.43% ( Setuju + Sangat Setuju ) iaitu seramai 192 orang responden bersetuju dengan faktor-faktor yang dikemukakan oleh pengkaji.
Rajah 7 : Rumusan Peratusan Faktor-faktor Yang Menarik Pelajar Tingkatan 5 Gemar Menggunakan Kemudahan Perpustakaan di SMK Pekan Baru Muar.
Sumber : Kajian Lapangan 2016
            Berdasarkan rajah 7, rumusan di atas menunjukkan penyataan kepelbagaian bahan bacaan merupakan faktor dominan yang bersetuju iaitu seramai 30 orang bersamaan 100.00% berbanding faktor-faktor yang lain. Hal ini disokong dengan (Miller,1993) iaitu perpustakaan pada zaman moden banyak mengumpulkan koleksi bahan bacaan yang terdiri daripada pelbagai jenis bagi meningkatkan penggunaan bahan bacaan. Manakala faktor layanan pustakawan dan guru yang mesra dan amat membantu merupakan faktor yang paling minimum bersetuju iaitu seramai 23 orang bersamaan 76.67% daripada faktor-faktor yang dikaji.

Foto 4 : Kepelbagaian Bahan Bacaan
Sumber: Kerja Lapangan 2016










5.3   Kepentingan Kemudahan Perpustakaan Kepada Pelajar Tingkatan 5 Di SMK Pekan Baru Muar.
Jadual 6 : Analisis Kepentingan Kemudahan Perpustakaan Kepada Pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru Muar
Bil
Kepentingan Kemudahan Perpustakaan Kepada Pelajar Tingkatan 5
1
2
3
4
5
Min
f
%
f
%
f
%
f
%
f
%
1
Merupakan pusat gedung ilmu
0
0
0
0
0
0
15
50
15
50
4.50
2
Menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan
0
0
0
0
0
0
17
56.67
13
43.33
4.43
3
Memanfaatkan masa lapang
0
0
0
0
0
0
17
56.67
13
43.33
4.43
4
Menyediakan suasana belajar yang tenang
0
0
0
0
1
3.33
14
46.67
15
50
4.47
5
Memupuk budaya membaca dan dahagakan ilmu
0
0
0
0
2
6.67
15
50
13
43.33
4.37
6
Meminjam buku dengan mudah
0
0
1
3.33
4
13.33
19
63.33
6
20
4.00
7
Melahirkan cendekiawan
0
0
0
0
2
6.67
14
46.67
14
46.67
4.40
Sumber : Kajian Lapangan 2016

Rajah 8 : Peratusan Faktor-faktor Kepentingan Kemudahan Perpustakaan Kepada Pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru Muar
Sumber : Kajian Lapangan 2016









Rajah 9 : Rumusan Peratusan Faktor-faktor Kepentingan Kemudahan Perpustakaan  Kepada Pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru Muar
Sumber : Kajian Lapangan 2016
            Jadual 6 menunjukkan kepentingan kemudahan perpustakaan  kepada pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru. Didapati paling ramai sangat setuju dengan penyataan merupakan pusat gedung ilmu iaitu seramai 15 orang responden daripada 30 orang responden yang menjawab borang soal selidik bersamaan dengan 50.00%.
dan selebihnya iaitu 15 orang responden lagi memilih setuju yang bersamaan dengan 50.00%. Min keseluruhan ialah 4.50 dan memperlihatkan hanya setuju dan sangat setuju yang dipilih bagi penyataan merupakan pusat gedung ilmu. Hal ini disokong oleh Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah dalam kajiannya mengenai Perpustakaan Sekolah iaitu perpustakaan adalah satu gedung ilmu pengetahuan yang diwujudkan bagi dapat mengumpulkan ilmu yang diperoleh.
Foto 5 : Pusat Gedung Ilmu
Sumber: Kerja Lapangan 2016
            Selain itu, pada penyataan menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan mencatatkan bilangan paling ramai memilih setuju iaitu seramai 17 orang responden daripada 30 orang responden bersamaan 56.67%. Dan selebihnya iaitu seramai 13 orang responden memilih sangat setuju yang bersamaan dengan 43.33%. Min keseluruhan ialah 4.43 dan memperlihatkan hanya setuju dan sangat setuju yang dipilih bagi penyataan menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan. Ini disokong oleh (Kassim Abbas,1989) mendefinisikan perpustakaan ialah pusat mengumpul berbagai-bagai maklumat dan pelbagai jenis bacaan yang diuruskan secara sistematik.
            Seterusnya, pada penyataan memanfaatkan masa lapang mencatatkan bilangan paling ramai memilih setuju iaitu seramai 17 orang responden daripada 30 orang responden bersamaan 56.67%. Dan selebihnya iaitu seramai 13 orang responden memilih sangat setuju yang bersamaan dengan 43.33%. Min keseluruhan ialah 4.43 dan memperlihatkan hanya setuju dan sangat setuju yang dipilih bagi penyataan memanfaatkan masa lapang. Bagi Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah dalam kajiannya mengenai Perpustakaan Sekolah, perpustakaan juga dapat menjadikan masa lapang yang kita ada dipenuhi dengan aktiviti berfaedah iaitu melalui menelaah ilmu pengetahuan.
            Pada penyataan menyediakan suasana belajar yang tenang mencatatkan bilangan paling ramai memilih sangat setuju iaitu seramai 15 orang responden daripada 30 orang responden bersamaan 50%. Manakala seorang daripada 30 orang responden memilih kurang setuju bersamaan 3.33% dan menunjukkan bilangan yang paling sedikit. Seramai 14 orang memilih setuju bersamaan 46.67%. Min keseluruhan ialah 4.47 iaitu menunjukkan kebanyakkannya bersetuju dengan penyataan menyediakan suasana belajar yang tenang. Ini disokong dengan pernyataan (Subramaniam,1975) iaitu dengan suasana yang tenang dapat menjadikan pembelajaran di perpustakaan memperolehi keseronokan dan kenikmatan membaca.
Foto 6 : Suasana Belajar Yang Tenang
Sumber: Kerja Lapangan 2016.
            Pada penyataan memupuk budaya membaca dan dahagakan ilmu mencatatkan bilangan paling ramai memilih setuju iaitu 15 orang responden daripada 30 orang responden bersamaan 50.00%. Manakala 2 orang responden memilih kurang setuju bersamaan 6.67% dan menunjukkan bilangan yang paling sedikit. Seramai 13 orang responden memilih sangat setuju bersamaan dengan 43.33%. Min keseluruhan ialah 4.37 iaitu menunjukkan kebanyakkannya bersetuju dengan penyataan memupuk budaya membaca dan dahagakan ilmu. (Menurut Gunton,1967) penubuhan perpustakaan bagi menggalakkan kegemaran membaca dan untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Dalam akhbar Berita Harian menerusi artikel “Pentingnya Perpustakaan Kepada Pelajar menyatakan perpustakaan ialah satu proses pendidikan yang membawa kepada pemupukan budaya membaca.
            Pada penyataan meminjam buku dengan mudah mencatatkan bilangan paling ramai memilih setuju iaitu 19 orang daripada 30 orang responden bersamaan 63.33%. Manakala seorang responden daripada 30 orang responden memilih tidak setuju bersamaan 3.33% dan menunjukkan bilangan yang paling sedikit. Seramai 4 orang responden memilih kurang setuju bersamaan dengan 13.33% dan seramai 6 orang responden memilih sangat setuju bersamaan dengan 20%. Min keseluruhan ialah 4.00 iaitu menunjukkan kebanyakkannya bersetuju dengan penyataan meminjam buku dengan mudah. (Bagi Schmid,1980)peminjaman buku yang diuruskan oleh guru dan pustakawan adalah salah satu faktor bagi menguruskan perpustakaan dengan sempurna.
             Di samping itu, pada penyataan melahirkan cendekiawan mencatatkan bilangan memilih sangat setuju dan setuju iaitu kedua-duanya 14 orang responden  pada sangat setuju dan 14 orang responden pada setuju iaitu bersamaan 46.67%. Manakala 2 orang responden daripada 30 orang responden memilih kurang setuju bersamaan 6.67% dan menunjukkan bilangan yang paling sedikit. Min keseluruhan ialah 4.40 iaitu menunjukkan kebanyakkannya bersetuju dengan penyataan melahirkan cendekiawan. Bagi Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah dalam kajiannya mengenai Perpustakaan Sekolah iaitu untuk melahirkan cendekiawan adalah dengan menyediakan bahan bacaan yang membantu meluaskan pengetahuan am dan saintifik.
            Berdasarkan rajah di atas, rumusan memaparkan sebanyak 4.76% ( Sangat Tidak Setuju + Tidak Setuju + Kurang Setuju ) iaitu sebanyak 10 orang responden tidak setuju dengan kepentingan perpustakaan yang dikemukakan. Namun demikian, amat dominan pencapaian 95.23% ( Setuju + Sangat Setuju ) iaitu seramai 200 orang responden bersetuju dengan kepentingan perpustakaan yang dikemukakan oleh pengkaji.

           
Rajah 10 : Rumusan Peratusan Faktor-faktor Kepentingan Kemudahan Perpustakaan  Kepada Pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru Muar
Sumber: Kajian Lapangan 2016
Berdasarkan rajah 10 di atas, menunjukkan beberapa penyataan iaitu merupakan pusat gedung ilmu, menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan dan memanfaatkan masa lapang merupakan penyataan yang dominan yang bersetuju. Hal ini mencatatkan yang 30 orang responden bersamaan 100.00%   bersetuju dengan penyataan-penyataan tersebut berbanding dengan kepentingan-kepentingan yang lain. Manakala penyataan meminjam buku dengan mudah merupakan bilangan yang paling sedikit memilih setuju iaitu 25 orang responden bersamaan 83.33% daripada kepentingan-kepentingan yang dikaji.

Foto 7 : Pelbagai Jenis Bahan Bacaan
Sumber: Kerja Lapangan 2016













5.4   Matrik Analisis  Temu Bual.
Jadual 7: Matriks Analisis Temu Bual.
Bil
Soalan
Informen #1
(27/01/16)
Informen #2
(15/02/16)
Informen #3
(07/03/16)
1
Pada pandangan anda, adakah anda selesa dengan suasana  dan keadaan di perpustakaan?
Pada pandangan saya, suasana dan keadaan di perpustakaan di sekolah saya adalah selesa. Bagi saya dengan susunan kerusi dan meja  yang teratur menjadikan perpustakaan suatu tempat yang selesa untuk mengulangkaji.
Ya, sangat selesa dengan suasana dan keadaan di perpustakaan. Saya berasa selesa di perpustakaan kerana keadaannya yang tenang dan sesuai untuk belajar.
Ya, saya selesa dengan suasana dalam perpustakaan. Ehmm, saya boleh duduk dengan selesa kerana suasana yang tidak bising.
2
Pada pandangan anda, adakah pengudaraan berada dalam keadaan yang baik seperti penyaman udara dan kipas?
Bagi saya, pengudaraan di dalam perpustakaan berada dalam keadaan yang baik. Ini membuatkan saya mencari buku dengan selesa.
Ya, kerana penghawa dingin dalam keadaan yang baik dan sejuk. Keadaan ini membuatkan saya suka mengisi masa lapang di perpustakaan.
Baik kerana sejuk disebabkan penghawa dingin dalam keadaan yang elok. Dengan kelengkapan penghawa dingin ini, ia membuatkan saya selesa untuk mencari buku di perpustakaan.
3
Adakah anda rasa sumber  rujukan di dalam perpustakaan mencukupi?
Saya merasa sumber rujukan di dalam perpustakaan  adalah mencukupi dan banyak kerana semua jenis rujukan yang dicari dapat diperolehi.
Banyak buku yang saya perlukan ada di perpustakaan itu dan memudahkan saya mencarinya. Saya mudah mencari buku rujukan.
Cukup kerana setakat ni, buku yang saya ingin ada dalam perpustakaan. Bagi saya, bukunya senang dan mudah diperoleh kerana  disusun ikut genre dan menjimatkan masa saya untuk mencari maklumat.
4
Apakah yang menyebabkan  anda selesa/tidak selesa dengan perkhidmatan di perpustakaan?
Saya berasa selesa kerana keadaan di perpustakaan sangat tersusun  dan dalam keadaan yang bersih yang sentiasa di pantau oleh guru. Ini juga membuatkan saya selesa kerana keadaan yang sejuk.
Selesa kerana mempunyai pengudaraan yang baik, sejuk serta mempunyai fakta-fakta menarik di bawah kaca meja. Dengan itu, saya dapat banyak maklumat yang boleh diperolehi
Selesa kerana mempunyai penghawa dingin dan banyak majalah yang boleh dibaca. Disebabkan banyak bahan bacaan yang ada,saya berasa mudah mendapat maklumat.
Sumber: Kajian Lapangan 2016.

         Berdasarkan jadual 7,pengkaji telah menemubual 3 orang pelajar Tingkatan 5 yang belajar di SMK Pekan Baru Muar untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar Tingkatan 5 gemar ke perpustakaan di SMK Pekan Baru.
         Menurut ketiga-tiga informan yang ditemubual, mereka menyokong bahawa pelajar-pelajar Tingkatan 5 gemar ke perpustakaan disebabkan faktor-faktor yang dikemukakan.
         Berdasarkan keselesaan dalam suasana dan keadaan di perpustakaan, Informan 1 menyatakan susunan kerusi dan meja yang teratur menjadikan ia tempat yang sesuai untuk mengulangkaji dalam keadaan yang selesa. Manakala Informan kedua dan ketiga menyatakan keadaan yang tenang dan suasana yang tidak bising menyebabkan keadaan perpustakaan dalam keadaan yang selesa.
         Dari pengudaraan di perpustakaan pula, Informan 1 menyatakan pengudaraannya baik menyebabkan dia mencari buku dengan selesa. Manakala Informan kedua dan ketiga menyatakan dengan penghawa dingin yang elok dan sejuk membuatkan mereka selesa mencari buku dan mengisi masa lapang di perpustakaan.
         Berdasarkan sumber rujukan di perpustakaan, Informan 1 menyatakan semua jenis rujukan yang dicari dapat diperolehi dan mencukupi. Manakala Informan kedua dan ketiga pula menyatakan buku-buku yang dicari ada di perpustakaan dan mudah diperolehi kerana disusun mengikut genre.
         Dalam keadaan keselesaan atau ketidakselesaan dengan perkhidmatan perpustakaan pula, Informan 1 menyatakan dia sangat selesa di perpustakaan kerana keadaan yang bersih dan sentiasa dipantau oleh guru. Manakala Informan kedua  menyatakan sangat selesa di dalam perpustakaan kerana pengudaraan yang baik dan di bawah kaca  meja perpustakaan mempunyai fakta-fakta yang menarik. Informan ketiga pula menyatakan keadaannya selesa kerana suasana yang sejuk dan terdapat majalah-majalah yang boleh dibaca.
         Jelas disini melalui temubual dengan ketiga-tiga responden, mereka sangat selesa dengan suasana di perpustakaan disamping pengudaraan yang baik serta sumber rujukan yang mudah diperolehi. Hal ini memperlihatkan penggunaan perpustakaan dalam kalangan pelajar masih relevan. Perkara ini juga menunjukkan perpustakaan sebagai sumber rujukan utama bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru.








5.5   Matrik Analisis Pemerhatian.

Jadual 8 :  Matrik  Analisis Pemerhatian.
Bil
Isu
PEMERHATIAN #1
Tarikh : 9/2/2016
PEMERHATIAN #2
Tarikh : 18/2/2016
PEMERHATIAN #3
Tarikh : 22/3/2016
1.
Keadaan Perpustakaan
keadaannya nyaman dan selesa  serta dalam keadaan yang baik
Penyusunan meja dan kerusi yang teratur dan memudahkan pelajar untuk belajar dengan baik dan selesa
Sudut berinformasi yang tersusun dan banyak bahan bacaan yang boleh dibaca.
2
Aspek Kebersihan
keadaan dalam perpustakaan yang bersih
Tong sampah yang tidak bersepah dan kurang mempunyai sampah yang banyak
Tempat duduk yang tidak berhabuk dan selesa untuk membaca di situ
3
Aspek pengudaraan
Penghawa dingin  yang ada berfungsi dengan baik dan ada yang rosak
Semua Penghawa dingin mula berfungsi dengan baik
Penghawa dingin dan kipas memberikan keselesaan kepada pelajar
Sumber : Kajian Lapangan 2016.

         Berdasarkan Jadual 8, pengkaji telah membuat pemerhatian sebanyak tiga kali kawasan kajian iaitu perpustakaan. Melalui pemerhatian pertama,iaitu keadaan perpustakaan dalam keadaan nyaman dan selesa serta dalam keadaan yang baik. Pemerhatian kedua pula dilihat penyusunan meja dan kerusi yang teratur dan memudahkan pelajar untuk belajar dengan baik dan selesa. Bagi pemerhatian ketiga, Sudut berinformasi yang tersusun dan banyak bahan bacaan yang boleh dibaca.

            Dari sudut ataupun aspek kebersihan, pemerhatian pertama mendapati perpustakaan  dalam keadaan yang bersih. Bagi pemerhatian kedua pula,dapat dilihat tong sampah yang tidak bersepah dan kurang mempunyai sampah yang banyak. Pada pemerhatian ketiga, ini ditunjukkan yang tempat duduk yang tidak berhabuk dan selesa untuk membaca di dalam perpustakaan.
            Dari aspek pengudaraan,pemerhatian pertama dapat dilihat yang penghawa dingin ada berfungsi dengan baik dan ada yang rosak. Untuk pemerhatian kedua, ia memperlihatkan yang semua penghawa dingin mula berfungsi dengan baik. Manakala pemerhatian ketiga menunjukkan yang penghawa dingin dan kipas memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajar.
            Jelas di sini melalui pemerhatian pengkaji, aspek kebersihan dan keadaan perpustakaan amat dititkberatkan bagi menjamin keselesaan pelajar-pelajar. Ini juga dapat mendorong pelajar-pelajar sering mengunjungi perpustakaan dengan kerap disebabkan keselesaan di perpustakaan.

















6.0   KESIMPULAN.

            Kajian yang dilakukan  bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar menggunakan kemudahan perpustakaan serta mengkaji kepentingan kemudahan perpustakaan kepada pelajar Tingkatan 5 di SMK Pekan Baru Muar,83600 Semerah,Batu Pahat,Johor. Umum mengetahui bahawa perpustakaan merupakan tempat gedung ilmu dan ia merupakan bagi mendapatkan maklumat dan rujukan buku yang diperlukan. Secara keseluruhannya, pelajar Tingkatan 5 gemar ke perpustakaan disebabkan faktor-faktor yang dikemukakan. Faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar ke perpustakaan mempunyai tujuh item iaitu sumber rujukan yang banyak dan mencukupi,sudut berinformasi dan suasana perpustakaan yang kondusif,alat penghawa dingin memberikan keselesaan,kepelbagaian bahan bacaan,layanan pustakawan dan guru yang mesra dan amat membantu,susunan buku mengikut genre dan penyusunan meja dan kerusi yang teratur. Dapatan kajian mendapati faktor-faktor yang menarik pelajar Tingkatan 5 gemar ke perpustakaan adalah disebabkan kepelbagaian bahan bacaan. Hal ini disokong oleh Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah dalam kajiannya mengenai Perpustakaan Sekolah iaitu perpustakaan sekolah merupakan kemudahan prasarana yang ditubuhkan di sekolah untuk menyediakan pelbagai bahan bacaan.
           
Melalui faktor kepelbagaian bahan bacaan yang mejadi faktor dominan, ini memperlihatkan perpustakaan menjadi sumber rujukan bagi pelajar. Dengan adanya pelbagai jenis bacaan yang disediakan,perpustakaan menjadi tempat kunjungan bagi pelajar-pelajar di SMK Pekan Baru Muar. Hal ini disokong dengan pendapat Informan 2 yang menyatakan banyak buku yang diperlukan ada di perpustakaan dan merangkumi pelbagai bacaan. Disamping itu, faktor sumber rujukan yang banyak dan mencukupi juga menarik minat pelajar-pelajar Tingkatan 5 gemar ke perpustakaan dan diikuti dengan faktor sudut berinformasi dan suasana perpustakaan yang kondusif. Kedua-dua faktor ini menjadi pendorong kepada pelajar untuk memanfaatkan masa di perpustakaan.


Selain itu, kepentingan kemudahan perpustakaan kepada pelajar Tingkatan 5 mempunyai tujuh item iaitu merupakan pusat gedung ilmu,menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan,memanfaatkan masa lapang,menyediakan suasana belajar yang tenang,memupuk budaya membaca dan dahagakan ilmu,meminjam buku dengan mudah dan melahirkan cendekiawan. Bagi kepentingan kemudahan perpustakaan kepada pelajar Tingkatan 5 ialah mereka bersetuju dengan kepentingan yang dinyatakan dan yang dominan iaitu merupakan pusat gedung ilmu, menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan dan memanfaatkan masa lapang. Hal ini disokong dengan pandangan Abd Rahim(1996) iaitu perpustakaan sekolah ialah sebuah tempat yang di dalamnya terdapat pelbagai bentuk dan jenis bahan bacaan. Manakala pandangan Zaimi bin Zakaria(2001) menyatakan perpustakaan merupakan tempat gedung ilmu dan pengumpulan pelbagai maklumat. Ketiga-tiga kepentingan ini menampakkan yang mereka bersetuju sepenuhnya dengan kepentingan perpustakaan yang dinyatakan. Ini dapat dilihat secara ketara apabila 30 orang responden bersetuju mengenai ketiga-tiga  kepentingan yang paling dominan.

Bagi kepentingan kemudahan perpustakaan pula, tiga faktor yang yang dominan iaitu merupakan pusat gedung ilmu,menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan dan memanfaatkan masa lapang menunjukkan betapa pentingnya kewujudan perpustakaan di sekolah. Hal ini disokong oleh Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah dalam kajiannya mengenai Perpustakaan Sekolah, perpustakaan juga dapat menjadikan masa lapang yang kita ada dipenuhi dengan aktiviti berfaedah iaitu melalui menelaah ilmu pengetahuan. Pelajar dapat memanfaatkan masa dengan sebaiknya disamping menambahkan ilmu pengetahuan dari pelbagai sumber bacaan yang disediakan di perpustakaan. Dengan ini, menunjukkan peranan perpustakaan sebagai pusat gedung ilmu adalah bersesuaian.

Kesimpulannya, perpustakaan merupakan tempat mencari dan memperoleh maklumat. Hal ini disokong menurut pandangan Thomas(1993) iaitu perpustakaan merupakan gedung maklumat dan pusat yang berperanan merapatkan pelajar dengan pelbagai bidang ilmu. Dengan adanya perpustakaan, pelajar-pelajar dapat menggunakan ilmu yang diambil daripada buku-buku di perpustakaan. Disebabkan itu, Kassim Abbas(1989) menyifatkan perpustakaan sebagai sumber pelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, mengunjungi perpustakaan haruslah digalakkan bagi menimba ilmu dengan sebaiknya.
7.0  RUJUKAN

Abdul Rahim,1996. Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa  
                   dan Pustaka.
Akhbar Berita Harian, Disember 15, 1987 “Pentingnya Perpustakaan Kepada Pelajar.”
                     Kuala Lumpur.
Google Maps. Dicapai pada Januari 31, 2016, dari http://maps.google.com

Gunton,1967. Mengenal dan Membina Perpustakaan Sekolah. Jakarta:Pustaka Pelajar.

Irma Indayu Omar, 2005. Panduan Mengurus Perpustakaan.Kuala Lumpur. PTS
                  Professional Publishing Sdn Bhd.

Jess Stein,1966. Dictionary of The English Language. London.Random House Publishing.

Kassim Abbas,1989. Pusat Sumber Sekolah-Struktur & Organisasi. Utusan
                 Pubications:Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi II, 2007. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi III, 2010. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi IV,2012. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Miller,1993. Pengurusan Perpustakaan. Jakarta:Samitra Media Utama.

Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah, 2009. Kajian Perpustakaan Sekolah. Penyelidikan
                 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Schmid,1980. Panduan Penyelenggaraan Perpustakaan Sekolah. Bandung:Remaja
                Rosdakarya.

Subramaniam,1975. Mengelola Perpustakaan. Kuala Lumpur:Fajar Bakti Publishing Sdn
               Bhd.

Sulistyo-Basuki,1993. Pengantar Ilmu Perpustakaan. Jakarta:Gramedia Pustaka Utama.

Zaimi bin Zakaria,2001. Peranan Perputakaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
               Pustaka.


























LAMPIRAN 1
Borang Soal Selidik.
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM TAHUN 2016
KOD MATA PELAJARAN 900/4

Makluman Kepada Responden :
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus  untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui Persepsi Pelajar Tingkatan 5 Terhadap Kemudahan Perpustakaan di SMK Pekan Baru Muar. Segala maklumat  yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja
 








BAHAGIAN A          : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
Arahan            : Tandakan  (√) pada ruangan yang disediakan

1)      JANTINA 
Lelaki                                                              Perempuan     
       
2)      TINGKATAN
5 SAINS AGAMA                                      5 SAINS TULEN
5 PERAKAUNAN                                      5 EKONOMI ASAS                
5 PERDAGANGAN                                    5 KATERING
5 LANDSKAP                                            5 SENI KREATIF
3)      KEKERAPAN KE PERPUSTAKAAN
Setiap Hari                                                    2 hari Sekali
3 Hari Sekali                                                1 minggu sekali
SKALA LIKERT :
1                    : SANGAT TIDAK SETUJU
2                    : TIDAK SETUJU
3                    : KURANG SETUJU
4                    : SETUJU
5                    : SANGAT SETUJU
BAHAGIAN B :  FAKTOR-FAKTOR YANG MENARIK PELAJAR   MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN
Arahan            : Tandakan  (√) pada ruangan jawapan yang dipilih
BIL.
PERKARA
1
2
3
4
5
1
Sumber rujukan yang banyak dan mencukupi





2
Sudut berinformasi dan suasana perpustakaan yang kondusif





3
Alat penghawa dingin memberikan keselesaan





4
Kepelbagaian bahan bacaan





5
Layanan pustakawan dan guru yang mesra dan amat membantu





6
Susunan buku mengikut genre





7
Penyusunan meja dan kerusi yang teratur






BAHAGIAN C : KEPENTINGAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN KEPADA
                             PELAJAR TINGAKATAN 5
Arahan            : Tandakan  (√) pada ruangan jawapan yang dipilih
BIL.
PERKARA
1
2
3
4
5
1
Merupakan pusat gedung ilmu





2
Menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan





3
Memanfaatkan masa lapang





4
Menyediakan suasana belajar yang tenang





5
Memupuk budaya membaca dan dahagakan ilmu





6
Meminjam buku dengan mudah





7
Melahirkan cendekiawan






SOAL SELIDIK TAMAT
*TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA *



    LAMPIRAN 2
Borang Temu Bual.

BORANG TEMUBUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
TAJUK: KAJIAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 5 TERHADAP KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN DI SMK PEKAN BARU MUAR

Arahan:
Maklumat Am dan Soalan-soalan Temubual ini dikemukakan kepada responden secara lisan dan dirakam menggunakan digital rekorder/alatan teknologi.


MAKLUMAT AM


Nama Pengkaji
:
SYAIDATUL ‘ATIKAH BINTI MUDA
Nama Responden
:

Tarikh Temu Bual
:

Tempat Temu Bual
:
PEKAN BARU PARIT YUSOF

                                                      SOALAN TEMU BUAL

1.        Pada pandangan anda, adakah anda selesa dengan suasana  dan keadaan di perpustakaan?
 .......
:


2.  Pada pandangan anda, adakah pengudaraan berada dalam keadaan yang baik seperti penghawa dingin dan kipas?
 .......
:


3.  Adakah anda rasa sumber  rujukan di dalam perpustakaan mencukupi?
 .......
:


4.  Apakah yang menyebabkan  anda selesa/tidak selesa dengan perkhidmatan di perpustakaan?
........
:












LAMPIRAN 3
Borang Pemerhatian.

BORANG CATATAN PEMERHATIAN
Nama Pengkaji
:
SYAIDATUL ‘ATIKAH BINTI MUDA
Tarikh
:

Hari
:

Masa
:

Lokasi
:
Pekan Baru Parit Yusof

Item Pemerhatian

Catatan
Keadaan Perpustakaan
:



Aspek Kebersihan
:


Aspek pengudaraan
:



Pemerhatian terhadap ketiga-tiga item disertai dengan rakaman foto pegun.
Tanda tangan
…………………………………………………
Tarikh :…………………………………….






Lampiran 4
Senarai Foto Melalui Pemerhatian.
Foto 8 : Kaunter Meminjam Buku
Sumber: Kerja Lapangan 2016



Foto 9 : Ruang Menunggu Untuk Meminjam Buku
Sumber: Kerja Lapangan 2016

Foto 10 : Sudut Yang Berinformasi
Sumber: Kerja Lapangan 2016




Foto 11 : Keadaan Yang Selesa Dan Bersih
Sumber: Kerja La