TEMA : SEJARAH
PENDIDIKAN
TAJUK: PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH SK SERI MENANTI,
MUAR, JOHOR ( 2005 – 2015M )
MUAR, JOHOR ( 2005 – 2015M )
PENGENALAN
Pendidikan prasekolah
merupakan program yang memberi pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur
dari 4 hingga 6 tahun yang mengambil masa setahun atau lebih sebelum melangkah
ke Tahun Satu di sekolah formal. Prasekolah
merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan
kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal,
terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. Bagi merealisasikan dasar kerajaan,
prasekolah telah diwujudkan di semua sekolah rendah di Malaysia termasuklah di
Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar.
OBJEKTIF KAJIAN
Penulisan
kajian ini dijalankan adalah untuk merintis sejarah awal penubuhan pendidikan
prasekolah di SK Seri Menanti, Muar. Dengan
adanya kajian ini, masayarakat dapat mengetahui bila dan bagaimana prasekolah
di SK Seri Menanti, Muar diwujudkan.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti evolusi kurikulum, sistem pengajian, kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di prasekolah di SK Seri Menanti,
Muar.
Seterusnya,
tujuan penulisan kajian ini adalah untuk mengkaji aktiviti yang dijalankan di
prasekolah SK Seri Menanti, Muar. Oleh itu,
pelbagai pihak dapat mengetahui dan mengikuti segala aktiviti yang dijalankan.
Di
samping itu, kajian ini berfokus untuk mengkaji kejayaan dan sumbangan
prasekolah SK Seri Menanti, Muar terhadap masayarakat setempat serta kemenjadian
pelajarnya.
PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian ini dilakukan adalah
untuk mengetahui bagaimanakah sejarah penubuhan prasekolah di SK Seri Menanti,
Muar.
Selanjutnya, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji apakah evolusi yang berlaku kepada kurikulum, sistem pengajian dan
kaedah P&P yang dilaksanakan di prasekolah SK Seri Menanti, Maur.
Di
samping itu, kajian ini adalah untuk mengkaji apakah aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan di prasekolah SK Seri Menanti.
Seterusnya, kajian ini dijalankan untuk
meninjau apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh unit dan pelajar
prasekolah SK Seri Menanti, Muar. Dengan adanya penulisan kajian ini, pelbagai
pihak akan lebih mengetahui tentang kejayaan yang berjaya dicipta oleh unit dan
pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar.
SKOP KAJIAN
Skop
kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh
kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan
kajian, ia difokuskan kepada kawasan Sekolah Kebangsaan Seri Menanti,
Muar. Sekolah ini terletak 15 km dari
bandar Muar. Majoriti penduduk di
kawasan ini ialah masyarakat luar bandar yang menjalankan kegiatan ekonomi
pertanian dan nelayan.
Dari
segi tempoh kajian, kajian ini
meliputi tempoh masa dari tahun 2005 – 2015M. Tempoh kajian selama 10 tahun ini
dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku perkembangan yang pesat pada
unit dan pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar.
Manakala
dari aspek yang dikaji pula
terdapat 4 aspek yang difokuskan. Ia tertumpu kepada asal usul permulaan
pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti,Muar. Dengan kajian ini pelbagai pihak dapat
mengetahui bagaimana permulaan pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
Malah kajian ini juga berfokus kepada
evolusi kurikulum, sistem pengajian, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
Di
samping itu, kajian ini memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan
di prasekolah SK Seri Menanti, Muar.
Selain
itu, aspek yang seterusnya dikaji ialah kejayaan dan sumbangan prasekolah di SK
Seri Menanti, Muar kepada masyarakat setempat serta kemenjadian pelajarnya.
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Secara amnya, terdapat banyak
kajian lepas yang berkaitan dengan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.
Namun majoriti kajian lebih tertumpu di kawasan bandar. Hanya sebilangan kecil
sahaja yang menjalankan kajian di kawasan luar bandar dan terpencil. Antaranya
adalah penulisan Edgar Faure (1993) dalam bukunya yang berjudul Pendidikan
Seumur Hidup Dunia Pendidikan Hari Ini Dan Esok yang diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan di Kuala Lumpur pada halaman 257
beliau menekankan pertimbangan pendidikan prasekolah iaitu peri pentingnya
pendidikan awal kanak-kanak dalam perkembangan bakat dan perkembangan
sahsiahnya di kemudian nanti tidak dapat diragukan, seperti mengikut pernyataan
psikologi moden dan pemerhatian biasa. Namun demikian sistem pendidikan kerap kali
berjalan seolah-olah fasa hidup ini tidak penting. Kekurangannya dalam hal ini
dengan jelas dapat diterangkan di banyak negara dengan kekurangan sumber untuk
memenuhi permintaan pendidikan, tetapi sisitem ini juga mengakibatkan pula kegagalan
mengenali betapa pentingnya kepada perkembangan keadaan pendidikan individu
dalam masa awal kanak-kanak.
Menurut
Christopher Browing dalam majalahnya yang
berjudul Belajar Secara Berkesan Di Sekolah yang diterbitkan oleh Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad di Kuala Lumpur (2007) pada halaman 61 beliau
menegaskan bahawa bab ini memaparkan peta dunia di mana kanak-kanak di sekolah
pada zaman akan datang hidup, bekerja dan menjalani kehidupan. Dunia itu berbezadengan apa yang biasa kita
kenali; perubahan berlaku dengan pesatnya dan berterusan serta begitu
kerap. Kepastian yang ada pada anak-anak
kita adalah tidak pasti. Mungkin
kekerapan perubahan yang berlaku menyebabkan sukar bagi manusia
menanganinya. Selama beribu tahun
manusia mengembara. Walau bagaimanapun
mereka menyampaikan informasi, bilangan yang dapat mereka hapuskan dalam
sesuatu pertempuran, berubah dengan sedikit sahaja.
Berdasarkan
penulisan Ahmad Ammar dalam blognya,
(http;www.AhmadAmmar_TeknikPengajaran.com.my) yang bertajuk Teknik Pengajaran, beliau
menjelaskan di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan
kurikulum meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi
kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan
kemahiran mengjar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan
melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian
untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.
KAEDAH KAJIAN
Bagi melaksanakan kajian ini,
penulis menggunakan 3 kaedah untuk mendapatkan maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi
memperolehi sumber primer dan sumber sekunder. Penyelidikan perpustakaan dijalankan di
Perpustakaan SMK Pekan Baru, Muar serta perpustakaan SK Seri Menanti, Muar. Ini dilakukan untuk mendapatkan rekod – rekod
berkenaan sistem pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
Selain
itu penulis juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan –
soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang terlibat ialah guru yang mengajar
pelajar prasekolah iaitu Puan Nor Azizah Binti Hashim dan pembantu guru
prasekolah di SK Seri Menanti iaitu Puan Halimah Binti Rabani. Maklumat yang
diperolehi akan dicatat dan dirakam.
Pengkaji
juga memilih untuk menggunakan kaedah kerja lapangan dan pemerhatian dengan
melawat ke bangunan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar untuk melihat sendiri
bagaimana proses P&P dijalankan.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Esei
ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian yang penting iaitu bahagian
pengenalan,isi dan kesimpulan. Bahagian
pengenalan, menjelaskan konsep asas tentang sistem pendidikan prasekolah yang
dilaksanakan di Malaysia.
Dalam
bahagian isi, akan menjelaskan asal usul atau latar belakang pendidikan
prasekolah di SK Seri Menanti, Muar.
Seterusnya pengkaji juga akan menjelaskan evolusi yang berlaku kepada
kurikulum, sistem pengajian, kaedah P&P yang dilaksanakan di prasekolah SK
Seri Menanti, Muar. Pengkaji akan
menjelaskan kemudahan prasarana yang terdapat di prasekolah di SK Seri Menanti,
Muar. Seterusnya pengkaji akan
menjelaskan perkembangan dan pencapaian serta kejayaan yang berjaya dicipta
oleh unit dan pelajar prasekolah SK Seri Menanti, Muar serta kemenjadian
pelajarnya.
Bahagian
kesimpulan akan merumus hasil kajian dan
memberikan pandangan dan harapan terhadap sistem pendidikan prasekolah di SK
Seri Menanti, Muar.
PENUTUP
Dengan
adanya kajian ini, diharapkan seperti ini akan dapat menambahkan lagi kejayaan
dan perkembangan pelajar-pelajar dan guru-guru prasekolah di SK Seri Menanti,
Muar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pihak sekolah perlulah memberi komitmen yang
maksimum bagi memastikan pendidikan prasekolah di SK Seri Menanti, Muar akan
bertambah maju serta mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri
pelajar abad ke-21 selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu,
pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berfikiran aras tinggi dan ia akan
difokuskan dalam semua mata pelajaran yang dipelajari.
BIBLIOGRAFI
Sumber primer :
Guru pelajar prasekolah SK Seri Menanti,
Muar, Puan Nor Azizah Binti Hashim.
Pembantu guru prasekolah SK Seri Menanti,
Muar, Puan Halimah Binti Rabani.
Sumber sekunder:
Edgar Faure, “Pendidikan Seumur Hidup Dunia Pendidikan Hari Ini Dan Esok”.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa, Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1993.
Christopher Bowring. Belajar Secara Berkesan Di Sekolah.
Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad, 2007.
Mok Soon Sang. Ilmu Pengetahuan Untuk KPLI.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman SDN.BHD.,
Kuala Lumpur, 2000.
Ab. Rahim Selamat. Kemahiran Dalam Sekolah Bestari.
Kuala Lumpur : Badan Cemerlang SDN.BHD, Kuala
Lumpur, 2000.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Blog
Ahmad Ammar, Teknik Pengajaran.
http;//www.AhmadAmmarTeknikPengajaran.com.my
BIBLIOGRAFI
Ab. Rahim Selamat. “Kemahiran Dalam Sekolah Bestari”.
Kuala Lumpur : Badan Cemerlang Sdn. Bhd,
2000.
Blog
Ahmad Ammar, “Teknik Pengajaran”.
http;//www.AhmadAmmarTeknikPengajaran.com.my
Christopher Bowring. “Belajar Secara Berkesan Di Sekolah”.
Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad, 2007.
Edgar Faure, “Pendidikan Seumur Hidup Dunia Pendidikan Hari Ini Dan Esok”.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1993.
Mok Soon Sang. “Ilmu Pengetahuan Untuk KPLI”.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd,
2000.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
izinkan saya gunakannya sabagai panduan saya
ReplyDeleteMacam mana harus buat tajuk pendidikan dari sudut tokoh?????
ReplyDeleteizinkan saya gunakan ini sebagai panduan untuk saya ,ya
ReplyDeleteIzinkan saya gunakan ini sebagai panduan untuk saya
ReplyDeleteIzinkan saya gunakan ini sebagai panduan
ReplyDeleteIzinkan saya gunakan ini sebagai panduan kerja kursus saya.. terima kasih
ReplyDeleteIzinkan saya gunakan artikel ini sebagai panduan bagi kerja kursus saya . TERIMA KASIH
ReplyDeleteizinkan saya untuk mengunakan artikel ini sebagai panduan kerja kursus saya.. TERIMA KASIH.
ReplyDeleteIzinkan saya menggunakan hasil kerja anda sebagai panduan utk saya menulis esei ilmiah KK Sej t6 sem2 ya🙏
ReplyDeleteIzinkan saya gunakan ini sebagai rujukan
ReplyDeleteMaaf kan saya...izinkan saya menggunakan hasil kerja cik/Encik untuk dijadikan panduan KK Sej ya...
ReplyDeleteTerima kasih. Ia sangat membantu. Semoga kami boleh membuat KK dengan cemerlang
ReplyDeleteIzinkan saya guna hasil kerja encik/cik untuk kerja khusus t6 sayaa..terima kasih
ReplyDeleteizinkan saya menggunakan hasil kerja ini sebagai rujukan. semoga tuhan merahmati penulis hasil kerja ini.
ReplyDeleteIzinkan sy guna artikel ni untuk kajian kk sy tq
ReplyDeleteIzinkan saya gunakan artikel ini untuk kajian kk saya. Terima kasih
ReplyDeleteIzinkan data gunakan artikel ini untuk panduan kk saya..
ReplyDeleteIzinkan saya menggunakan data yang diberikan untuk menjadikan panduan saya membuat kerja kursus f6 , sekian terima kasih...
ReplyDeleteYang contoh full kerja kursus sejarah stpm tentang perkembangan PENDIDIKAN pra sekolah
ReplyDeleteizinkan saya menggunakan artikel ini juga
ReplyDeleteIzinkan sya gunakan bahan ini
ReplyDeleteIzinkan saya menggunakan bahan ini sebagai rujukan
ReplyDelete